2015-06-14

Yu ni Versiti Ke-2 ?

Pengalaman dahulu,
baru kini
dapat kurasai
setelah berpuluh tahun,
tertulis dengan kemas
untuk tatapan di hari muka.

Kisahnya mudah
demi keamanan
mereka dihadkan
fizikal
mental
dunia lain.

dunia dengan batasan
dibaliknya ada rahmat
mengenal diri
mengenal alam
mengenal Tuhan

dan kini
batasan itu berubah wajah
semakin kusut
dengan pelbagai ragamnya
di kala had semakin tipis
mereka mula menyalak
mereka mula berbunyi.

esok
masih kah ada
untuk bebas
untuk suara
untuk diri

mereka tahu
apa mungkinnya?








No comments:

Post a Comment